- Umrah pertamaku - Januari 2025
-
COMMENTS
- Hits: 215
Bab 4 – King Abdulaziz International Airport
- Umrah pertamaku - Januari 2025
-
COMMENTS
- Hits: 215
Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz dari Ashgabat sekitar jam 5.30 pagi waktu tempatan, 17 Januari 2025. Cuaca agak dingin namun kami berhadapan dengan ribuan jemaah dari negara lain sewaktu berurusan di Imigresen Arab Saudi dan secara tidak langsung telah menyebabkan kelewatan kepada kebanyakkan para penumpang.
Aku di antara kumpulan terakhir yang masih berada di imigresen sedang ramai jemaah lain telah berada di luar balai ketibaan menanti untuk arahan yang selanjutnya.
Kami turut dibantu oleh Mutawif yang telah dilantik oleh In Saff Travel and Tours dan mereka sedang menunggu di luar bagi menyambut ketibaan kami. Alhamdulillah, aku di berikan seorangn Mutawif yang sangat berpengalaman iaitu Ustaz Mansur yang telah bersama In Saff sejak penubuhannya. Beliau turut dibantu oleh Ustaz Kanda untuk kumpulan GL Mahani dan juga Ustaz Reza bagi Kumpulan GL Siti Nor Aisyah.
Semua jemaah berada di ruang menunggu bilik A3 bagi menunaikan solat Subuh dan seterusnya berehat sebentar bagi perjalanan yang seterusnya. Di ruang tersebut juga, terdapat wakil-wakil Telco Saudi yang menyediakan perkhidmatan menjual simkad untuk para jemaah umrah. Aku telah bersedia lebih awal dengan mengaktifkan pakej roaming dari Unifi semasa di dalam pesawat tadi lagi.
Jam 8.03 pagi kami mula bergerak ke arah bas masing - masing mengikut kumpulan yang telah sedia menunggu di luar bangunan lapangan terbang. Kami turut dibekalkan juadah sarapan pagi yang sangat menyelerakan iaitu nasi goreng cina dengan telur mata bersama sayur timun. Kami diberi taklimat oleh Ustaz Mansur sambil bas terus meluncur laju menuju ke Taif.
..... bersambung.