- Umrah pertamaku - Januari 2025
-
COMMENTS
- Hits: 536
Bab 1 - Tugas pertama sebagai GL
- Umrah pertamaku - Januari 2025
-
COMMENTS
- Hits: 536
16 Januari 2025, sekitar jam 11.30 pagi kami mula bergerak ke KLIA dari Alam Budiman dan sempat bergambar di hadapan rumah sebagai kenang-kenangan. Aku sebenarnya sangat teruja untuk memulakan tugas pertama ini namun jauh disudut hati, perasaan gementar, ‘cuak’, takut dan bermacam lagi turut sama bermain di benak fikiranku.
Namun begitu, aku juga yakin dengan pertolongan Allah serta berbekal sedikit pengalaman mengerjakan haji pada musim 1444 H, InsyaAllah aku akan hadapi kesemua cabaran tersebut kerana niat aku adalah semata-mata untuk membantu dan menyantuni mereka yang ingin bertemu dengan Allah serta mengubati kerinduan terhadap Rasulullah SAW di Tanah Suci Mekah dan juga Madinah.
Ketika sampai di hadapan Kaunter J & K, keadaan seperti biasa dengan ribuan manusia sedang sibuk berkejaran ke hulu dan ke hilir dengan tujuan dan destinasi masing-masing.
Masih tidak kelihatan kumpulan yang membawa beg ‘purple’ di hadapan kami namun aku maklum, memang telah ada beberapa orang jemaah dalam kumpulan aku telah pun sampai. Mungkin mereka berada di celahan kumpulan - kumpulan jemaah umrah dari travel agency yang lain agaknya.
Aku terus menuju ke lokasi pertemuan yang telah ditetapkan oleh Team Airport In Saff iaitu berhampiran dengan McD yang terletak di laluan ke Anjung Tinjau, KLIA.
Terdapat sebuah surau di Anjung Tinjau ini yang agak selesa dan sentiasa dibersihkan oleh petugas kebersihan. Debaran kian terasa untuk aku bertemu dengan wajah-wajah baharu yang bakal aku santuni selama 14 hari yang berikutnya.
“Assalamualaikum, ini Ustaz Azhar ke?
Sapa salah seorang jemaah yang aku sangat perasaan iaitu Tuan Roduan yang turut memperkenalkan isteri serta 2 orang lagi anak beliau yang akan turut serta di dalam kumpulan kami. Sebenarnya aku ada membuat sedikit homework melalui dokumen Visa mereka sebelumnya, jadi sekurang-kurangnya aku dapat mengenali nama melalui wajah mereka serta hubungan di antara mereka seperti suami dan isteri, ibu, adik, kakak, abang dan sebagainya.
Agak mudah juga untuk mereka mula menegur aku kerana sebelum ini pun aku pernah berkongsi info dan gambar profil di dalam group whatsapp. Kami sempat berbual seketika sementara masih belum ramai ahli kumpulan yang tiba. Aku mula berasa teruja.
Ramai ahli Kumpulan aku yang telah sampai, menegur dan berbual-bual dengan aku serta ahli kumpulan yang lain. Perbualan berkisar tentang perjalanan umrah yang bakal kami lalui selama tempoh 14 hari yang akan datang. Semoga cerita dan pengalaman yang dikongsikan bersama akan menjadi memori terindah buat semua jemaah dalam kumpulan aku.
Berikut adalah senarai nama ahli kumpulan aku :
- Abdul Rahman
- Ahmad Afiffuddin
- Ahmad Mukhriz Hafifi
- Ahmad Zuhair
- Alyaa Batrisyia
- Annur Aneesa Amanda
- Azizah
- Azlan Suhaizat
- Fatah Aqil
- Habsah
- Hanisah
- Hartini
- Intan Syahirah
- Kastinah Ommal
- Lisa
- Marliani
- Masitah
- Mohd Fadzli
- Mohd Sazali
- Muhamad Adam
- Muhammad Arsyad Anaqi
- Muhammad Faizol
- Muhammad Kamaruzaman
- Muhammad Noah Zafran
- Muhd Alwan Amin
- Noor Atikah
- Noor Azizah
- Noor Azreen
- Nor Hafidzah
- Nor Hanis Nabila
- Nor Kamariah
- Nor Ramlah
- Nur Yasmin
- Nurul Aimi
- Nurul Hasni
- Nurul Syakinah
- Nuzaeri
- Rafidah
- Roduan
- Shaffheekur Rahman
- Siti Norasma
- Solhah
- Umar Arsyad
- Wan Nur Ezzati
- Zul Hafizh
bersambung ......