- Umrah pertamaku - Januari 2025
-
COMMENTS
- Hits: 221
Bab 2 - Team Airport Duty
- Umrah pertamaku - Januari 2025
-
COMMENTS
- Hits: 221

Team Airport Duty In Saff Travel And Tours telah pun sampai sekitar jam 1.30 tengahari tadi dan mereka terus menjalankan tugas sebagaimana biasa untuk keberangkatan satu kumpulan jemaah umrah yang bakal berlepas sekitar 5 jam dari sekarang.
Mereka adalah sebuah pasukan sokongan yang menguruskan setiap pelepasan kumpulan jemaah umrah In Saff tidak kira samada penerbangan pagi, petang, tengah malam ataupun awal pagi, mereka tetap setia menjalankan tugas.
Pasukan ini juga yang akan menyambut ketibaan setiap kumpulan umrah samada di KLIA ataupun Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dengan penuh ceria bersama cenderahati seperti bunga ros, pulut kuning dan juga produk terbaharu In Saff Food iaitu Daging Kambing Perap.
Dalam taklimat awal yang diberikan oleh mereka, setiap jemaah dibekalkan dengan satu kad nama atau lanyard yang tertulis nama, nombor passport dan juga nama Group Leader. Lanyard ini perlu dipakai pada setiap masa terutama sewaktu berada di luar bilik hotel. Jemaah juga dibekalkan dengan satu salinan Visa yang perlu dikepilkan bersama-sama dengan Passport masing-masing.
Team Airport Duty juga telah menyediakan tag bagi setiap beg bagasi jemaah yang hendak dimasukkan ke dalam perut kapal. Kumpulan GL Mahani dengan tag beg berwarna kuning, kumpulan GL Aisyah berwarna hijau manakala untuk kumpulan aku, diberikan tag beg berwarna maroon.
Selesai tagging beg, jemaah diberi masa untuk menunaikan solat zohor dan juga makan tengahari.
...... bersambung