- Tangisan di hadapan Kaabah
-
COMMENTS
- Hits: 86
Tangisan di hadapan Kaabah : Bab 1 - Berita yang dinantikan
- Tangisan di hadapan Kaabah
-
COMMENTS
- Hits: 86

20 Disember 2025, pagi itu sebagaimana yang dirancang, aku akan ke KLIA demi untuk menyantuni jemaah In Saff yang akan berangkat ke Mekah. Mereka ini samada mendaftar dengan aku ataupun mendaftar dengan In Saff Cawangan Bangi tempat aku bernaung.
Seawal pagi lagi aku telah bersiap kerana sahabat aku iaitu Tuan M. Rizal dan isteri serta 2 orang anak beliau bersama 47 orang jemaah In Saff Travel and Tours yang lain akan berangkat ke Mekah bagi menunaikan Umrah. Mereka dijadualkan berlepas dengan pesawat Saudi Airlines pada jam 5.35 petang nanti. Kumpulan ini akan diketuai oleh sahabat GL iaitu Tuan Azfar Z. Azlan dari Melaka.
Jam 10.30 pagi ketika aku sedang asyik bersarapan di rumah, satu notifikasi whatsapp telah masuk dan muncul satu nama yang sangat aku kenali. Tanpa sedar aku mulai tersenyum dan terus mengucapkan ‘Alhamdulillah’ sehinggakan isteri dan anak-anak aku hairan dengan apa yang telah berlaku.
“Assalamualaikum Tuan Haji Azhar. Semoga sihat sentiasa”. Ustaz Ahmad Fawwaz memulakan tulisan beliau.
“Tuan Haji available bertugas bulan Januari 2026? Saya ada satu tarikh yang mungkin sesuai untuk Tuan Haji bawa. Keperluan adalah segera”
“Waalaikumsalam, Alhamdulillah sihat. InsyaAllah saya available bila-bila masa, cuma 27hb Disember ni je saya ada majlis keluarga” balas aku melalui whatsapp.
Tiga minit kemudian Ustaz Ahmad Fawwaz terus menelefon aku dan memaklumkan tentang tawaran dari HQ untuk melantik aku sebagai Group Leader (GL) bagi trip 8hb hingga 19hb Januari 2026 yang tidak berapa lama lagi.
Sebaik sahaja kami menamatkan perbualan, aku terus memaklumkan kepada isteri tentang berita gembira ini. Sesuatu yang tidak dijangka namun akhirnya doa aku dimakbulkan oleh Yang Maha Esa walaupun terpaksa menunggu hampir setahun.
Jam 11.10 pagi aku memandu ke KLIA dengan hati yang berbunga-bunga sambil tersenyum gembira. Aku mula terbayangkan Kaabah dan Masjidil Haram serta ribuan jemaah yang berpusu-pusu keluar dari masjid selepas solat.
Aku terbayangkan Makam Rasulullahﷺ dan juga Masjid Nabawi serta betapa harumnya bau Raudhah hingga menusuk ke dalam jiwa. Aku juga terbayangkan saat di dalam kedinginan pagi ditemani embun semasa menunggu waktu untuk masuk ke Raudhah.
Hebatnya perancangan Allah kerana tahun lepas tugasan aku adalah pada 16hb hingga 29hb Januari 2025 dengan menaiki pesawat Turkmenistan Airlines manakala kali ini adalah pada 8hb hingga 19hb Januari 2026. Genap setahun DIA menjemput aku hadir ke Baitullah dengan membawa 43 orang jemaah yang lain. Kumpulan jemaah yang sudah tentunya lain dari yang sebelumnya.
Aku sedikit gementar kerana bakal bertemu dan membawa jemaah yang langung tidak aku kenali, menaiki pesawat Malaysia Airlines serta pada waktu sibuk atau peak season yang pernah mencatatkan satu kisah kurang best pada tahun lepas. Namun aku terus positif, berdoa dan mengharapkan agar semua jemaah baik-baik belaka hendaknya.
Aku pasti akan mendapat jawapan untuk segala persoalan tersebut sebaik sahaja selesai mengadakan pertemuan dengan ahli kumpulan secara maya sedikit masa lagi. Ya, aku perlu study maklumat jemaah agar mudah untuk mendekati mereka nanti.
Sebaik sahaja aku sampai di balai pelepasan KLIA 1, aku terus berjumpa dengan Tuan M. Rizal serta keluarga dan memaklumkan tentang berita gembira yang baharu aku terima. Mungkin asbab aku selalu menyantuni jemaah, maka Allah menjemput aku kali ini. Alhamdulillah syukur.
Haji Azhar Aziz
Ejen & Group Leader (GL) In Saff Travel and Tours
Rumah Bata Merah, Shah Alam
Video penuh di Youtube



