- Panggilan 'Arafah 1444H
-
COMMENTS
- Hits: 1278
Panggilan 'Arafah 1444H : Bab 23 - Tawaf Sunat dengan skuter

Seawal jam 2.07 pagi, 15 Jun 2023 kami telah bergerak dari hotel menuju ke masjid. Seperti biasa didalam perjalanan, kami menyantuni kucing-kucing jalanan dengan memberikan makan kepada mereka.

Salah satu tajuk yang tidak boleh aku abaikan didalam penulisan ini adalah berkenaan dengan kucing. Memang aku serta keluarga sebagaimana ramai sahabat-sahabat aku yang lain menjadi sebahagian daripada peminat si bulus sejak dari kecil lagi. Kucing pertama aku semasa kecil bernama Mat dan berwarna putih. Manakala kucing pertama isteri aku bernama Oyen yang sudah semestinya berwarna oren. Ketiga-tiga anak kami juga telah dibiasakan dengan kucing sedari kecil lagi.



