29 November 2021 (tengah malam)
"Encik Azhar, saya nak bagi ubat yer".
Aku terus tersedar dari tidur apabila dikejutkan oleh cik misi sekejap tadi. Jam telah menunjukkan ke angka 12.30 tengah malam. Dalam mamai tadi baru aku sedar yang aku sekarang berada di dalam wad (9D) Hospital Sg Buloh. Selepas 3 hari kurantin di rumah, aku dah rasa tak selesa akibat cirit-birit yang agak merimaskan serta demam yang tidak kebah.