- Aku dan kehidupan
-
COMMENTS
- Hits: 242
Ulang Tahun Perkahwinan ke 28, 2025
- Aku dan kehidupan
-
COMMENTS
- Hits: 242
Alhamdulillah. 28 tahun yang lepas (1997), kami telah disatukan sebagai suami dan isteri di Masjid Negeri, Shah Alam. Ya, kami tinggal berjiran di Jalan Jaluran, Seksyen 8, Shah Alam. Aku duduk bersama sahabat ITM manakala isteri duduk menumpang dirumah kakak dan abang ipar.
Hidup aku 24/7 di rumah kerana di situlah office dan juga bengkel percetakan baju dan banner aku. Kadang kala aku keluar dengan menaiki basikal ke Seksyen 2 atau menaiki bas 222 atau 338 ke Bus Stand Klang, KL dan bas mini nombor 40 untuk mengambil stok baju di Yoahan The Mall. Selalu juga ke Venus Art, KL utk membeli peralatan arts jika Kedai Maria, Seksyen 2 tiada stok.
Isteri (jiran pada waktu itu) bertugas sebagai guru sandaran di SK Sri Dhandayuthapani, Jalan Ipoh, KL. Setiap hari selepas Subuh beliau akan keluar berjalan kaki dari rumah ke bus stop Jalan Liku untuk mengambil bas.
Selalunya pada ketika itu jugalah aku memang sedang sibuk bekerja di porch, stay up dari dari malam hingga ke pagi). Selalu nampak beliau berseorangan je bila keluar rumah. Aku sesekali meleret mata hingga ke hujung simpang.. uish, gelap tu.
Suatu pagi aku beranikan diri utk berjalan bersama beliau hingga ke bus stop. Hari pertama aku berada dibelakang sikit, tidak bertegur sapa. Seolah aku pun nak ke bus stop. Namun aku kena panggil mengadap kakak beliau kerana perbuatan tempohari. Hahaha.
Esoknya aku berjalan beriringan pula dengan beliau sampai ke bus stop. Berbual kosong sambil berjalan. Sesekali aku naik bas ke KL bersama beliau dengan alasan nak ambik barang di KL. Alhamdulillah, aku dengan keluarga kakak ipar dah lama merancang.. dia yang lalai...
Itulah detik perkenalan kami. Alhamdulillah, kami dikurniakan 3 orang cahaya mata. Hidup bersama tidak lepas dari pelbagai dugaan. Namun Allah masih sayangkan kami, kekal hingga kini dan InsyaAllah hingga ke syurga. Itulah diantara doakan aku di Padang Arafah tatkala petang Wukuf, ketika menunaikan Haji pada tahun 2023/1444H.
Terima kasih rakan dan sahabat atas doa dan ingatan. Semoga kita semua dipelihara Allah.
Azhar Aziz & Rodziah Idris
19 April 2025
Shah Alam.