- Umrah pertamaku - Januari 2025
-
COMMENTS
- Hits: 411
Umrah pertamaku - Januari 2025 : Prakata
- Umrah pertamaku - Januari 2025
-
COMMENTS
- Hits: 411

Sejak aku dan isteri kembali dari mengerjakan haji pada 20 Julai 2023, aku memang nekad dan berdoa kepada Allah agar diberikan peluang lagi untuk kembali semula ke Mekah dan juga Madinah. Aku percaya, bahawa setiap umat Islam yang pernah hadir ke Baitullah pasti mempunyai perasaan yang sama dengan aku. Pasti!!
Aku rindukan suasana ramainya jemaah yang datang dari segenap pelosok dunia. Rindukan udara di Dataran Masjidil Haram serta bauan yang harum tatkala sampai ke muka pintu Masjid Nabawi. Aku teringatkan keadaan kusut masai sewaktu mengerjakan Tawaf, Saie dan seterusnya bertahlul. Sempat berdoa seketika di puncak Bukit Safa dan juga Bukit Marwah sebelum di hambat oleh sekumpulan jemaah dari negara lain.
Bertitik tolak dari kejayaan aku menguruskan Ayah, Mak dan juga Ija untuk melaksanakan Umrah pada awal Mei 2024 yang lalu, aku terus mendaftar sebagai salah seorang Agen Umrah In Saff Travel and Tours pada Julai 2024. Membuat jualan pakej umrah dan seterusnya hadir ke Seminar Pengukuhan Group Leader pada 13 dan 14 Disember 2024 bagi melayakkan diri dan berpeluang untuk menjadi ketua rombongan membawa jemaah Umrah In Saff Travel and Tours pada suatu hari nanti.
Dan tanpa disangka, peluang tersebut hadir dalam keadaan yang sangat cantik. Aku diberi tanggung jawab untuk membawa 135 orang Jemaah Umrah bersama 2 orang lagi GL (3 kumpulan) pada 16 - 29 Januari 2025 yang baru lepas.
Terima Kasih Allah kerana mendengar doaku dan terima kasih In Saff Travel and Tours atas peluang yang diberi. Terima kasih juga Hj Rokman Mat Adam , Ir Kayrul Anuar , Hj Jamal serta Pn Sue (PIC Bangi) .
Selamat membaca coretan terbaharu aku - Umrah Pertamaku – Januari 2025.
Terima Kasih Allah kerana mendengar doaku dan terima kasih In Saff Travel and Tours atas peluang yang diberi. Terima kasih juga Hj Rokman Mat Adam , Ir Kayrul Anuar , Hj Jamal serta Pn Sue (PIC Bangi) .
Selamat membaca coretan terbaharu aku - Umrah Pertamaku – Januari 2025.
Hidup Berjasa
GL Haji Azhar Aziz
Shah Alam